Najib yakin kemampuan BN di Tanjung Piai

Najib ketika berucap pada program Bikers Berselawat di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai di sini malam ini.
Najib ketika berucap pada program Bikers Berselawat di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai di sini malam ini.
A
A
A

KUKUP - "BN akan bangkit pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai kali ini, " itu reaksi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengulas peluang BN pada PRK kali ini.

Najib berkata, keyakinan berkenaan disuarakan berdasarkan angin perubahan dalam landskap politik negara ketika ini.

Menurutnya, angin perubahan berkenaan telah bermula di Cameron Highlands, kemudian sampai ke Semenyih, Rantau dan kini angin itu sampai ke penghujung benua, di Tanjung Piai.

"Kajian menunjukkan 60 peratus orang muda tidak bersama BN sebelum ini.

"Tapi kita rasa lega dan besar kerana suara orang muda penting untuk masa depan negara," katanya ketika berucap pada program Bikers Berselawat di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai di sini malam ini.

Terdahulu, ketibaan Najib disambut dengan alunan selawat oleh orang ramai.

Sementara itu, Najib berkata, kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 lalu dilihat memiliki hikmah yang tersendiri.

Katanya, kekalahan berkenaan secara tidak langsung memberikan peluang kepada rakyat untuk menilai kerajaan PH.

Artikel Berkaitan:

"Ada hikmah kalah, rakyat boleh nilai. Dia kata tak kan baru kahwin dapat anak? Tapi dah 18 bulan. Tak ada anak. Mandul ke?

"Setelah 18 bulan masih tidak ada apa-apa pun. Dalam belanjawan tak sebut pun pasal manifesto," katanya.