Sanchez ketua jurulatih baharu JDT II

Rafael Gil Sanchez
Rafael Gil Sanchez
A
A
A

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) melantik bekas pengarah akademi dan pencari bakat kelab Sepanyol, Malaga CF, Rafael Gil Sanchez sebagai ketua jurulatih JDT II yang baharu menggantikan Ervin Boban bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga-M) 2020.

Menurut Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, antara tugas utama Sanchez adalah membantu perkembangan pemain muda JDT dengan bermain gaya sama seperti skuad senior bagi membolehkan kelancaran peralihan ke skuad utama.

“Sanchez pernah bertugas dalam pelbagai jawatan di Sepanyol seperti ketua jurulatih Akademi Malaga dan skuad bawah 23 (B-23) tahun.

“Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pencari bakat RCD Espanyol di England dan penolong jurulatih untuk skuad kebangsaan Arab Saudi,” kata Alistair dalam satu kenyataan ringkas di Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers hari ini.

JDT II yang menjuarai Piala Cabaran bulan lalu dikendalikan Boban sebelum bekas pemain skuad Merah Biru itu mengambil keputusan meninggalkan pasukan selatan tanah air berkenaan.

Artikel Berkaitan: