Lelaki 'gergasi' dilarang masuk hotel

Sher Khan mempunyai ketinggian lapan kaki dua inci, datang ke India bagi menyaksikan perlawanan kriket antara Afghanistan dan India Barat.
Sher Khan mempunyai ketinggian lapan kaki dua inci, datang ke India bagi menyaksikan perlawanan kriket antara Afghanistan dan India Barat.
A
A
A

LUCKNOW - Seorang peminat kriket dari Afghanistan berdepan kesukaran mencari hotel penginapan di Uttar Pradesh, India gara-gara memiliki ketinggian luar biasa.

Lelaki berkenaan, Sher Khan mempunyai ketinggian lapan kaki dua inci datang ke India bagi menyaksikan perlawanan kriket antara Afghanistan dan India Barat.

Majoriti hotel tidak membenarkannya menginap dan ada yang beranggapan bahawa lelaki itu mencurigakan.

Khan terpaksa dikawal oleh polis ke selepas kehadirannya menarik perhatian orang ramai.
Khan terpaksa dikawal oleh polis ke selepas kehadirannya menarik perhatian orang ramai.

Disebabkan itu, Khan pergi ke balai polis Naka untuk membuat rayuan dan selepas identitinya disahkan, polis membawanya ke Hotel Rajdhani, pada Selasa.

Khan memberitahu kakitangan hotel terbabit, bahawa biliknya tidak selesa. Katilnya pendek dan kakinya terlunjur, bilik air juga tidak selesa, begitu juga dengan kerusi.

Sebaik sahaja berita tentang 'lelaki gergasi' tersebar di kawasan itu, ramai yang datang ke hotel untuk melihatnya.

Keadaan ini menyebabkan khan terpaksa dikawal oleh polis ke Stadium Ekana, tempat perlawanan itu berlangsung. Namun, sekali lagi Khan menjadi tumpuan.

Artikel Berkaitan:

Khan juga meminta kakitangan hotel mengenai tempat pelancongan di Lucknow dan mahu melawat tetapi masalahnya menghadapi kesukaran untuk masuk ke dalam kereta.

Khan akan tinggal di Lucknow untuk empat hari sebelum kembali ke negara asalnya. - Agensi