Tiada kes pencemaran di Sungai Jimah: Exco Negeri Sembilan

Siasatan dan pemeriksaan di Sungai Jimah mendapati tidak berlaku pencemaran.
Siasatan dan pemeriksaan di Sungai Jimah mendapati tidak berlaku pencemaran.
A
A
A

SEREMBAN - Tiada pencemaran berlaku di Sungai Jimah di sini yang dikatakan berpunca daripada sisa toksik dari Pusat Kualiti Alam sehingga menyebabkan penduduk mengalami keracunan sepertimana yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, pasukan penyiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah melakukan pemeriksaan di lokasi berkenaan dan mendapati keadaan sungai adalah normal.

Beliau berkata, berdasarkan pertemuan dengan jawatankuasa Kampung Jimah Lama terdapat aduan mengenai air berbau sehingga menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan penduduk pada minggu lalu.

"JAS memulakan siasatan di Kampung Jimah Lama minggu lepas dan bertemu jawatankuasa kampung itu.

"Kita dimaklumkan terdapat bau yang kuat terutama pada waktu pagi dan malam menyebabkan penduduk kurang selesa terutama yang menetap berhampiran sungai.

"Namun pemeriksaan mendapati keadaan Sungai Jimah berada dalam keadaan normal dan ia tidak berbuih atau mengeluarkan bau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

JAS memulakan siasatan di Kampung Jimah Lama minggu lepas dan bertemu jawatankuasa kampung itu.
JAS memulakan siasatan di Kampung Jimah Lama minggu lepas dan bertemu jawatankuasa kampung itu.

Veerapan berkata, JAS turut menjalankan ujian di Sungai Kulai dan kawasan pertemuan sungai itu dengan Sungai Jimah.

Artikel Berkaitan:

"Keadaan persekitaran di sungai (Kulai) agak berbau sedikit di sini dan siasatan pada hari ini tidak menemui aduan air Sungai Jimah berbuih seperti yang aduan yang diterima semalam," katanya.

Semalam terdapat dakwaan mengenai air sungai berbuih dan mengeluarkan bau busuk akibat hujan lebat menyebabkan sisa toksik dari Pusat Kualiti Alam mengalir ke sungai.

Dakwaan itu tersebut tersebar melalui aplikasi Whatsapp yang turut memaklumkan penduduk mengalami muntah dan pening.