Datuk Bandar Vinto dipukul, disimbah cat

Patricia Arce ditemu bual wartawan sejurus diselamatkan polis selepas diserang sekumpulan penunjuk perasaan antikerajaan di bandar Vinto kelmarin.
A
A

LA PAZ - Seorang Datuk Bandar di Bolivia dipukul sekumpulan penunjuk perasaan semasa protes antikerajaan di wilayah Cochabamba.

Insiden membabitkan Datuk Bandar Vinto, Patricia Arce itu berlaku kelmarin ketika kemarahan dalam kalangan penyokong pembangkang memuncak susulan dakwaan berlakunya penipuan semasa Pilihan Raya Presiden bulan lalu.

Selain dibelasah, Arce turut disimbah cat merah serta rambutnya digunting.

Penunjuk perasaan kemudian mengheret wanita itu ke jalanan dan diarak dengan hanya berkaki ayam serta dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan.

Pejabatnya turut dibakar perusuh yang tidak berpuas hati dengan kemenangan Presiden Evo Morales.

Arce menjadi sasaran penunjuk perasaan kerana menganggotai parti pimpinan Morales, Movement To Socialism (MAS).

Bulan lalu, Tribunal Pilihan Raya Agung (TSE) mengisytiharkan kemenangan Morales tanpa perlu mengadakan kemenangan kedua, sekali gus membolehkan pemimpin berusia 60 tahun itu berkuasa untuk tempoh sepenggal lagi. - Agensi