Rasulullah disayangi kawan, disegani lawan

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Keperibadian Rasulullah SAW yang mulia dan lemah lembut bukan sahaja disayangi kawan malah turut disegani lawan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, 1,441 tahun yang lalu dunia menyaksikan kelahiran seorang sosok agung yang menggoncang dunia.

"Junjungan mulia ini terus menjadi inspirasi hari ini buat lebih 2 bilion penganut agama Islam serta 7.7 bilion umat manusia seluruhnya.

"Kehadiran baginda yang dianggap sebagai sinar yang menyingkap tabir kegelapan, menghapuskan kejahilan dengan keilmuan, dan menyebarluaskan rahmat ke seluruh alam dengan adab sopan serta budi pekerti yang mulia wajar disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan," katanya menerusi kenyataan perutusan sempena Maulidur Rasul 1441 Hijrah.

Beliau berkata, Syeikh Syed Muhammad Al Alawi Al Makki (1944-2004), ulama tersohor ada menyebutkan bahawa anjuran bagi kita umatnya untuk turut bergembira dengan rahmat Allah ini turut merangkumi maulidnya Rasulullah S.A.W kerana baginda merupakan rahmat terbesar dalam hidup kita.

"Marilah kita bersama-sama menzahirkan sukacita dan berkongsi kegirangan kita atas kelahiran Rasulullah bersama-sama setiap hari termasuk hari kelahiran baginda.

"Sesungguhnya ALLAH SWT dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya," katanya.

Artikel Berkaitan: