Caj perundingan swasta diumum akhir 2019

Dr Dzulkefly melawat ruang pemeriksaan kesihatan sebelum merasmikan Kem Kesihatan Bersama Hospital Tung Shin di SJKC Ijok, Bestari Jaya hari ini.
Dr Dzulkefly melawat ruang pemeriksaan kesihatan sebelum merasmikan Kem Kesihatan Bersama Hospital Tung Shin di SJKC Ijok, Bestari Jaya hari ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kementerian Kesihatan dijangka mengumumkan kadar caj perundingan pengamal perubatan am swasta selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya mengikut keputusan Kabinet dengan menyerahkan perkara tersebut kepada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) untuk meneliti kadar kenaikan itu.

"Saya telah diberikan satu taklimat tentang perkara dari segi penentuan harga atau perundingan yang akan ditetapkan kelak," katanya pada sidang akhbar selepas Program Kem Kesihatan Bersama Hospital Tung Shin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ijok di sini hari ini.

Dzulkefly berkata, beliau yakin penyelarasan perundingan bayaran klinik swasta itu dapat diselesaikan selepas mendapat kelulusan daripada NACCOL.

"Saya akan bentangkan perkara ini kepada jemaah menteri (untuk diputuskan kenaikan kadar caj tersebut)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kadar kenaikan caj perundingan pengamal perubatan am swasta yang sepatutnya dimuktamadkan pada bulan ini.

Cadangan itu dibangkitkan sebelum ini susulan permohonan seramai 7,000 doktor perubatan umum untuk mengharmonikan fi perundingan yang tidak disemak sejak sekian lama.

Kadar caj perundingan pengamal perubatan dan doktor swasta di seluruh negara dicadang untuk dinaikkan antara RM35 dan RM125 daripada RM10 dan RM35 yang tidak disemak hampir 12 tahun.

Artikel Berkaitan: