X

Kindly register in order to view this article
!

Itu bukan gambar peribadi Intan atau Zul: Osman Ali

Osman Ali
A
A

PENGARAH drama Setelah Ku Dimiliki Osman Ali, menyangkal dakwaan netizen yang mendakwa gambar mesra dua pelakon utamanya, Zul Ariffin dan Intan Najuwa, sebagai salah satu strategi promosi untuk menaikkan rating drama berkenaan.

Mengakui terkejut dengan penyebaran dua keping gambar tersebut, Osman menegaskan gambar itu bukan berada dalam koleksi simpanan peribadi Zul atau Intan sendiri.

"Sukar untuk saya ulas panjang mengenai penyebaran gambar tersebut kerana saya tidak berada di lokasi pada ketika itu. Kalau saya sendiri yang terlibat dengan babak-babak itu, saya tidak takut untuk mengakui dan memberi jawapan yang jelas.

"Apa yang penting, gambar-gambar itu bukan gambar peribadi Zul atau Intan. Saya rasa lebih baik Zul atau Intan sendiri yang memberi penjelasan kerana saya tidak mahu jawapan saya di salah anggap," katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, gambar Zul meletakkan tangan di peha Intan turut mencetuskan kontroversi.
Sebelum ini, gambar Zul meletakkan tangan di peha Intan turut mencetuskan kontroversi.

Dalam temu bual bersama sebuah portal berita, Osman memaklumkan, dia berada di Kuala Lumpur kerana ada urusan dan tanggungjawab pengarahan untuk montaj berkenaan diserahkan kepada penolong pengarah.

Sementara itu, usaha untuk menghubungi Intan dan Zul masih gagal, malah kedua-dua pelakon itu juga tidak mengulas apa-apa menerusi sosial media mereka.

Sebelum ini, nama Intan dan Zul hangat diperkatakan setelah mereka memuat naik gambar yang menyaksikan Zul meletakkan tangan di peha Intan.

Segelintir netizen berpendapat aksi itu tidak sepatutnya terjadi lantaran Intan kini sudah bergelar tunangan orang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus