Pensyarah maut digilis lori

Mangsa maut di tempat kejadian selepas basikal ditungganginya hilang kawalan lalu terjatuh di bahagian kiri tayar belakang sebelum digilis lori terbabit. Gambar kecil: Wan Mohd Nur Muzaaliff
Mangsa maut di tempat kejadian selepas basikal ditungganginya hilang kawalan lalu terjatuh di bahagian kiri tayar belakang sebelum digilis lori terbabit. Gambar kecil: Wan Mohd Nur Muzaaliff
A
A
A

GOMBAK - Seorang pensyarah maut apabila basikal yang ditunggang bergesel dengan sebuah lori di Jalan Gombak Lama Batu 10 arah Bentong ke Kuala Lumpur di sini pagi tadi.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, Wan Mohd Nur Muzaaliff Wan Musa, 43, yang beralamat di Taman Sri Keramat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila sebuah lori jenis Hino memotong mangsa yang menunggang basikal bersendirian.

"Semasa lori memotong mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terjatuh di bahagian kiri tayar belakang lori dan digilis kenderaan berat terbabit," katanya.

Arifai berkata, pemandu lori kemudian memberhentikan kenderaan dan mendapati mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

"Rakan mangsa yang berada di belakang mangsa ketika kejadian datang membantu dan mengalih basikal," katanya.

Beliau memberitahu, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: