Kementerian Sumber Manusia sedia ambil alih kemasukan pekerja asing

Kula Segaran
Kula Segaran
A
A
A
IPOH - Kementerian Sumber Manusia sedia mengambil alih proses kemasukan pekerja asing yang ketika ini dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menterinya, M Kula Segaran berkata, bagaimanapun pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada Kabinet untuk membuat keputusan.

"Kita akan mengadakan perbincangan dengan KDN kerana itu satu cadangan (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya proses itu dikembalikan kepada kementeriannya).

"Kabinet akan buat keputusan kalau Kabinet mengarahkan saya mengambil alih (proses berkenaan) pihak kementerian akan ambil alih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program penyerahan mesin dialisis kepada Pusat Dialisis Bercham di sini hari ini.

Rabu lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM. Latheefa Koya mencadangkan agar proses kemasukan pekerja asing yang dikendalikan KDN dikembalikan kepada Kementerian Sumber Manusia.
Artikel Berkaitan:


Latheefa berkata. SPRM melihat perlu ada penambahbaikan sistem dalam pengambilan pekerja kerana Kementerian Sumber Manusia lebih tahu berapa banyak pekerjaan sedia ada untuk pekerja asing. - Bernama