Cabaran Malaysia pada Kejohanan Skuasy Dunia berakhir

Juara bertahan skuasy kebangsaan, Ivan Yuen (kiri) kalah kepada pemain nombor tujuh dunia, Diego Elias dari Peru, 8-11, 9-11 dan 12-14 dalam perlawanan pusingan pembukaan web Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia PSA, semalam. FOTO: Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
Juara bertahan skuasy kebangsaan, Ivan Yuen (kiri) kalah kepada pemain nombor tujuh dunia, Diego Elias dari Peru, 8-11, 9-11 dan 12-14 dalam perlawanan pusingan pembukaan web Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia PSA, semalam. FOTO: Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
A
A
A
KUALA LUMPUR - Cabaran negara dalam Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia PSA berakhir dalam pusingan pembukaan selepas dua pemain kebangsaan kecundang kepada lawan masing-masing dalam kejohanan itu yang berlangsung di Qatar pada Jumaat.

Pemenang terbuka Malaysia dan pemain ranking teratas kebangsaan, Ng Eain Yow beraksi hebat melawan pemain ranking ke-13 dunia, Fares Dessouky dari Mesir sebelum tunduk 6-11, 11-9, 8-11 dan 5-11 dalam perlawanan yang berlangsung kira-kira 58 minit, menurut laman web Persatuan Skuasy Profesional (PSA); www.psaworldtour.com.

Dessouky akan bertemu Edmon Lopez pada pusingan kedua hari ini selepas pemain Sepanyol itu mengetepikan Kristian Frost dari Denmark, 11-9, 11-4 dan 11-6 dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama.

Juara bertahan skuasy kebangsaan, Ivan Yuen juga tersingkir daripada kejohanan itu selepas kalah kepada pemain nombor tujuh dunia, Diego Elias dari Peru, 8-11, 9-11 dan 12-14 dalam satu lagi perlawanan pusingan pembukaan, dengan hanya mengambil masa 45 minit.

Elias dijangka bertemu Greg Lobban pada pusingan kedua, juga hari ini, selepas pemain Scotland itu menundukkan wakil Hong Kong, Max Lee 11-6, 11-6, 8-11 dan 11-8. - Bernama
Artikel Berkaitan: