Kaki si bulus tersangkut mata kail

Anggota bomba ketika mengeluarkan mata kail pada kaki seekor kucing jantan. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak
Anggota bomba ketika mengeluarkan mata kail pada kaki seekor kucing jantan. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak
A
A
A

KUALA KANGSAR - Seekor kucing jantan terpaksa dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar selepas kaki kiri hadapannya tersangkut mata kail.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, kucing tersebut dibawa sendiri pemiliknya, Yang Zulaihan Mustafa, 43, ke balai bomba pada jam 8.31 pagi untuk mengeluarkan mata kail tersebut.

Menurutnya, pemilik kucing itu memaklumkan mata kail tersebut tersangkut ketika kucing itu bermain dengan tali joran di rumahnya.

"Anggota kemudiannya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mata kail tersebut.

"Operasi khas itu tamat kira-kira 17 minit kemudian selepas mata kail berjaya dikeluarkan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, operasi tamat jam 8.48 pagi dan kucing tersebut diserahkan kepada pemiliknya semula.

Artikel Berkaitan: