Wujudkan garis panduan guna vape

Amir Hasan
Amir Hasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu meletakkan satu garis panduan terhadap penggunaan vape di Malaysia bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap rokok elektronik.

Penyanyi yang juga bekas usahawan vape, Amir Hasan berkata, rokok elektronik diperkenalkan sebagai alternatif kepada perokok tegar ke arah berhenti merokok.

Menurutnya, pengguna berusia 25 tahun ke atas lebih peka terhadap kandungan cecair dan jenis rokok elektronik berbanding golongan remaja yang menghisap vape mengikut trend semasa.

"Sebelum ini saya hisap rokok sehari sekotak dan berjaya berhenti selepas beralih kepada vape.

"Sebab itu, kita kena tahu berapa jumlah nikotin dalam cecair (perasa) yang kita guna kerana vape memudaratkan jika kita tiada pengetahuan mengenai perkara tersebut," katanya.

Katanya, vape hanya dijual kepada pengguna berusia 18 tahun ke atas dan ibu bapa perlu mengawasi anak di bawah umur tersebut kerana terdapat pembelian secara atas talian.

"Tidak semua cecair ada nikotin. Jika terlebih ambil cecair tersebut akan menyebabkan pening dan tidak sedap badan. Semakin lama pengguna vape akan guna cecair kurang kadar nikotin sehingga kosong," katanya.

Artikel Berkaitan: