'Zul Ariffin, Intan Najuwa lebih baik kamu kahwin'

Pu Syed menyarankan agar mereka segera bernikah untuk menghalalkan pergaulan
Pu Syed menyarankan agar mereka segera bernikah untuk menghalalkan pergaulan
A
A
A

KONTROVERSI yang melanda pelakon Zul Ariffin dan Intan Najuwa kini semakin hangat diperkatakan.

Foto Zul kelihatan memeluk Intan Najuwa ketika mandi di laut yang tular di media sosial mengundang respons negatif daripada warganet.

Berita panas itu turut menarik perhatian Pencetus Ummah (PU), Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed yang menegur perbuatan selebriti terkenal itu.

Menerusi muat naik di laman Instagramnya, PU Syed menyifatkan perbuatan kedua-dua pelakon tersebut sebagai tidak senonoh walau apa juga alasan selain menyarankan mereka bernikah.

"Teguran terbuka buat Zul Ariffin dan Intan Najuwa. Tersebar gambar kalian berdua berpelukan seakan suami isteri di dalam air. Ambe (saya) tak mahu kongsikan gambar tersebut kerana ia sangat tidak senonoh walau apa jua alasan.

"Sebaiknya kalian bernikah sahaja, dan sudah pasti boleh lakukan apa sahaja secara halal namun tetap ada batasannya. Sebagai seorang Muslim, syarak ada menetapkan sesuatu yang halal dan haram.

"Apatah lagi kita semua mengatakan takut masuk ke neraka dan ingin masuk ke syurga namun kita lakukan perkara yang sebaliknya seolah-olah teringin benar ke neraka. Adakah terlalu murah perintah dan ALLAH ini sehingga kalian berani melanggarnya. Fikir-fikirkanlah," tulisnya.

Selain itu, PU Syed mencadangkan pihak berkuasa menggubal undang-undang khas bagi membendung golongan artis dari menunjukkan gaya hidup negatif mereka kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan:

"Ambe (saya) rasa perlu menteri agama, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat satu garis panduan bahkan menggubal undang-undang khas membendung artis-artis yang menunjukkan gaya kehidupan yang negatif ini agar kembali kepada landasan yg sebenar. Takzir sangat baik ke atas mereka," tulisnya lagi.

Perkongsian PU Syed menerima respons positif daripada netizen yang berharap pelakon terbabit tidak mengulangi perbuatan tersebut kerana boleh menjadi ikutan kepada pengikutnya khususnya umat Islam.

"Sokong ustaz, halal dan haram jangan diambil mudah sebab ajal maut tak tahu bila datang,takut tak sempat nak bertaubat," tulis alias2186 di ruangan komen.

AbuAdam juga turut bersetuju dengan menulis, "saya setuju perlu diwujudkan satu undang-undang kepada artis Islam supaya perkara begini dapat dicegah kerana saya melihat seperti orang yang tiada agama apa yang mereka lakukan ini. Apalah perasan tunang dia kan."