Video momen lucu Tun M berselfie dengan isteri

Tun Mahathir dan isteri
Tun Mahathir dan isteri
A
A
A

KUALA LUMPUR – Video momen lucu dan comel Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali yang cuba berselfie menarik perhatian netizen petang semalam.

Dalam video yang dimuat naik di Facebook Kelab Che Det itu, Dr Mahahir tersilap apabila tetapan kamera telefonnya ketika itu bukanlah pada mode gambar sebalikya video.

Menerusi rakaman video tanpa sengaja berdurasi 10 saat itu, Siti Hasmah dilihat sedang duduk sebelum diajak berselfie bersama oleh Dr Mahathir

“Tak nampak nie, ok berdiri,” ujar Dr Mahathir kepada isterinya.

Siti Hasmah yang terpinga-pinga ketika itu lalu bertanya,” Apa dia?.

Gelagat lucu dan kemesraan pasangan itu mencuit hati ramai netizen.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berjaya juga bergambar selfie dengan Tun Hasmah selepas itu.

Artikel Berkaitan:

Foto selfie comel mereka kemudian dimuat naik di Instagram, Chedetofficial dengan kapsyen, “One for the new year”

Bila Tun M dan Tun Siti cuba selfie. Credit : chedetofficial instagram

Posted by Kelab Che Det on Thursday, January 3, 2019