[VIDEO] Nak cari cincin kahwin 'member', terjumpa syiling emas

Dua rakan baik ini yang pada mulanya hanya mencari cincin perkahwinan rakannya, namun dikejutkan dengan penemuan emas berusia ribuan tahun.
Dua rakan baik ini yang pada mulanya hanya mencari cincin perkahwinan rakannya, namun dikejutkan dengan penemuan emas berusia ribuan tahun.
A
A
A

IRELAND UTARA - Seorang penjejak logam yang pada mulanya membantu rakan mencari cincin perkahwinan yang hilang namun dikejutkan dengan penemuan emas berusia ribuan tahun bernilai RM529,538.49

Paul Raynard, 44, yang berasal dari Keighley, Yorkshire pada mulanya tidak percaya dia menemui 84 keping syiling emas yang sebahagiannya pernah digunakan pada era pemerintahan Raja Henry VIII pada 1550-an.

Bagaimanapun, lelaki itu kemudiannya merasakan perasaan yang sungguh luar biasa seolah-olah dia memenangi loteri.

Lapor metro.co.uk memetik sumber, Raynard bersama rakan baiknya Michael Gwynne, 52, pada mulanya hanya membantu rakan mereka yang juga seorang petani di Ballycastle.

Tangkap layar video menunjukkan Raynard menjumpai tempat tertanamnya syiling emas tersebut.
Tangkap layar video menunjukkan Raynard menjumpai tempat tertanamnya syiling emas tersebut.

"Pada mulanya saya agak kecewa kerana hanya menemui syiling 5p (5 sen) dan ladam tetapi selepas menemui syiling emas lama saya terus memanggil Gwynne untuk membantu.

"Selepas satu setengah jam melakukan pencarian, kami menjumpai emas dengan nilainya mampu mencecah beratus ribu pound," katanya.

Syiling emas tersebut dihantar ke Muzium Ulster untuk dinilai.
Syiling emas tersebut dihantar ke Muzium Ulster untuk dinilai.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, syiling tersebut telah dihantar ke Muzium Ulster untuk dinilai tetapi pakar emas yang ditemui memberitahu nilai keseluruhan mungkin lebih daripada RM529,538.49.

Inilah syiling yang ditemui Raynard dan rakannya yang boleh mencecah sehingga RM529,538.49
Inilah syiling yang ditemui Raynard dan rakannya yang boleh mencecah sehingga RM529,538.49

Raynad berkata, dia dan Gwynne sebelum ini hanya melakukan kajian melalui peta lama untuk mencari petunjuk bagi penempatan kuno atau medan tempur di mana harta karun tersebut boleh ditanam.

"Kami baru sahaja menamatkan trip perniagaan di China dan Gwynne memberitahu dia mengetahui tempat di Ireland untuk kami jejaki tetapi kami hanya pergi ke ladang untuk mencari cincin perkahwinan kawan kami.

"Kami sedih kerana tidak menemukan cincin itu walaupun sudah beberapa jam berada di situ," katanya.