Isteri curang racun mati suami

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BANDUNG - INDONESIA . Bimbang kecurangannya terbongkar, seorang isteri bertindak di luar batasan apabila meracun suaminya sehingga mati.

Kejadian tragis itu berlaku baru-baru ini di Desa Batang-Batang Laok, Kecamatan Batang-Batang, Sumenep, Madura, Jawa Barat.

Polis berkata, suspek didedahkan sebagai IS, 40, melakukan perbuatan itu dengan mencampur minuman soda suaminya menggunakan racun ikan.

Mangsa dikenali Mistoyo, 45, mati ketika dikejarkan ke hospital.

"Pelaku mengaku perbuatannya semasa disoal siasat. Selepas melihat suaminya menggelupur, pelaku melarikan diri.

"Mangsa ditemui anak perempuannya di bilik tidur utama dalam keadaan nyawa-nyawa ikan," menurut sumber polis.

Tambah sumber, anak mangsa pada mulanya menyangka kematian bapanya disebabkan masalah kesihatan.

Namun, tanggapan itu berubah selepas menemui bungkusan mencurigakan berhampiran mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Anak mangsa menabur isi bungkusan itu di atas tanah. Beberapa ekor ayam yang memakan isi bungkusan itu pula mati dalam tempoh beberapa saat.

"Melihat situasi itu, anak mangsa percaya bapanya mati diracun," katanya. - Agensi