Pekerja kilang lompat masuk dalam logam cair

Rakaman CCTV menunjukkan detik terakhir lelaki terbabit sebelum melompat masuk ke dalam cair logam.
A
A

SAMSUN - TURKI . Seorang lelaki bertindak diluar dugaan apabila melompat masuk ke dalam logam cair yang sedang mendidih pada suhu 1,600 darjah Celcius dan insiden itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Kejadian berlaku di sebuah kilang logam dan besi di daerah Tekkekoy pada 23 Disember lalu.

Mangsa dikenali sebagai Adem Aslan, 34, dan telah bekerja di kilang tersebut sejak tujuh tahun lalu.

Menurut keluarga mangsa, kesihatan mental bapa kepada dua cahaya mata itu terjejas teruk sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, pihak kilang terpaksa memberhentikan operasi bagi membolehkan sisa tulang mangsa dikeluarkan. - Agensi