Harga RON97 naik satu 1 sen

Harga RON95 akan dijual pada harga RM2.08 seliter, manakala RON97 dijual dengan harga RM2.38 seliter.
Harga RON95 akan dijual pada harga RM2.08 seliter, manakala RON97 dijual dengan harga RM2.38 seliter.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik satu sen kepada RM2.57 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 November.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut masing-masing sepatutnya RM2.27 seliter dan RM2.28 seliter.

“Bagaimanapun, harga runcit bagi kedua-dua produk itu dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” menurut kenyataan itu.

Pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu menjadikan anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 9 hingga 15 November berjumlah RM79.39 juta. - Bernama

Artikel Berkaitan: