[VIDEO] Baru dua bulan berkahwin, suami pergi menghadap Ilahi

Airina berkongsi kehilangan suami tercinta di laman Instagram menimbulkan kesedihan dalam kalangan netizen. - Foto Instagram Airina Roslan
Airina berkongsi kehilangan suami tercinta di laman Instagram menimbulkan kesedihan dalam kalangan netizen. - Foto Instagram Airina Roslan
A
A
A

SHAH ALAM - Luahan kesedihan seorang wanita mengenai kematian suami yang baru dikahwininya dua bulan lalu di Instagram miliknya meruntun hati netizen.

Airina Roslan menceritakan suaminya, Muhammad Amirul Ashraf Salki meninggal dunia pada jam 12.30 pagi semalam, sekali gus menjadi detik sedih kerana kebetulan genap dua bulan mereka mendirikan rumah tangga.

"Perkahwinan ini akan menjadi memori i yang paling terindah. Mak i cakap “kakak dah tunaikan kewajipan dia untuk berkahwin” kata-kata yang buat i kuat terima semua ni.

"Jangan pernah berhenti sayang I ok? I sayang you Mirul.. awak lelaki yang sempurna. minta semua sedekahkan al-Fatihah untuk arwah suami saya... terima kasih you," tulisnya.

Tambahnya, walaupun suaminya meninggal kerana bermain futsal namun dia tidak mahu peminat futsal yang lain 'takut' untuk bermain permainan itu.

Airina juga menganggap kejadian itu adalah takdir Muhammad Amirul dan dia reda.

"Untuk makluman semua, Mirul kena serangan jantung lepas main futsal semalam. Sebab tu dia berehat. Nanti kita semua jumpa dia dan berehat sama-sama dengan dia ye. Tunggu kitorang ye Amirul. Al-Fatihah," tulisnya lagi.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Wanita itu turut berkongsi video perkahwinannya yang kini tular di media sosial sehingga meraih 59,300 tontonan.

Netizen juga sedih dengan pemergian suaminya serta mendoakan Airina diberi kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Antara reaksi netizen yang turut bersedih dengan pemergian Muhammad Amirul dan mendoakan agar Airina diberi kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang.
Antara reaksi netizen yang turut bersedih dengan pemergian Muhammad Amirul dan mendoakan agar Airina diberi kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang.

"Inalillahiwailaihirajiun. Salam takziah buat isteri dan keluarga arwah. Semoga terus tabah," tulis elly_shazrinaaa di ruangan komen.

hakim_hariri pula menulis,"Al-fatihah...semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, Amin."

Assalamualaikum you.. you tak sempat nak siapkan vd ni.. tapi takpe.. i tk kesah.. you pergi dulu tinggalkan i, family & kawan2 you kat sini. You saje tak kasi i balik jb sbb taknak i tgk u pergi depan i kan? I faham..... maafkan semua kesalahan i kat you ye.. halalkan semua makan minum i yg you selama ni dah bagi. Hari ini genap 2 bulan kita nikah (7th Sept 2019). Tapi perkahwinan ini akan menjadi memori i yang paling terindah. Mak i cakap “kakak dah tunaikan kewajipan dia untuk berkahwin” kata2 yang buat i kuat terima semua ni. Jangan pernah berhenti sayang i ok? I sayang you Mirul.. you lelaki yang sempurna. mintak semua sedekahkan alfatihah ye untuk arwah suami saya.. terima kasih you

A post shared by Al-fatihah Suamiku Amirul (@ai_pav) on Nov 6, 2019 at 4:09pm PST