Suami isteri direjam sampai mati kerana beza kasta

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - Seorang wanita di India dan suaminya direjam hingga mati oleh keluarga sendiri kerana berkahwin tanpa restu keluarga dan memilih pasangan bukan daripada kasta yang sama.

Kejadian malang itu berlaku apabila pasangan tersebut pulang ke kampung mereka bulan lalu untuk menziarahi keluarganya sejak lari dari rumah tiga tahun lalu kerana takut dihukum.

Selepas berkahwin kedua-dua mangsa yang berusia 29 tahun dari kampung sama di Karnataka berpindah ke Bangalore dan beberapa bandar lain bersama dua anak mereka.

"Mereka ditemui oleh penduduk kampung yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada abang wanita tersebut. Ahli keluarga wanita terbabit berkumpul dan merejam kedua-dua mangsa hingga mati.

"Tiga tertuduh telah dikenal pasti termasuk abang dan bapa saudara wanita berkenaan," kata jurucakap polis, Guru Shanth. - AFP

Artikel Berkaitan: