'Hutang percutian tak bayar, maruah Melayu apa?'

A Kadir Jasin
A Kadir Jasin
A
A
A

SHAH ALAM - Status yang dimuat naik Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin menerusi Facebook semalam dipercayai menyindir seorang menteri Kabinet.

Status berkenaan dipercayai susulan laporan yang mendakwa satu agensi pelancongan memfailkan saman di mahkamah menuntut lebih RM300,000 terhadap menteri berkenaan berhubung bil perjalanan tertunggak.

A Kadir yang juga Tokoh Wartawan Negara turut mempersoalkan tentang maruah orang Melayu selain mengaitkan hutang dengan beberapa perkara lain iaitu pelajaran dan kereta.

"Hutang pelajaran tak bayar. Hutang kereta tak bayar. Sekarang hutang percutian pula tak bayar. Maruah Melayu apa?" tulisnya.

Menerusi satu laporan Sarawak Report sebelum ini, menteri terbabit didakwa di mahkamah berhubung bil tertunggak termasuk bil perjalanan peribadi keluarga dan perjalanannya ke Sandakan ketika pilihan raya kecil negeri awal tahun ini.

Laman web itu yang memetik dokumen yang difailkan YHA Travel & Tours bahawa jumlah berkenaan termasuk tambang penerbangan dalam tempoh enam bulan.

Difahamkan pengurusan kes saman itu ditetapkan pada 3 Disember depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Sementara itu, menteri tersebut ketika didesak media mengenai kesahihan tuntutan itu sebelum ini dilapor memaklumkan, beliau akan membayar semua bil perjalanan yang masih terhutang.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, beliau masih belum menerima sebarang surat saman berhubung perkara itu dan telah meminta pegawainya membuat semakan terhadap kenyataan dibuat oleh agensi pelancongan berkenaan.