Tanah runtuh: Laluan dibuka semula kepada semua kenderaan

Jalan yang tersekat sudah dibuka untuk semua jenis kenderaan hari ini.
A
A

KUANTAN - Laluan ke pusat peranginan di Bentong yang terputus akibat tanah runtuh dibuka semula untuk semua jenis kenderaan selepas kerja-kerja pembersihan selesai.

Timbalan Ketua Polis Bentong, Deputi Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman bagaimanapun menasihatkan pengguna supaya menggunakan laluan itu pada waktu siang sahaja.

"Kita tidak galakkan penggunaan melalui jalan itu pada waktu malam bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin akan berlaku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selasa lalu, berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan terbabit susulan hujan lebat menyebabkan jalan utama ke Amber Court Genting Highlands terputus.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh sekat laluan utama ke pusat peranginan di Bentong