PPN jangka keuntungan lebih RM3 juta

Nadzri (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Pembayaran Input Terbaik 2018 kepada Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat pada majlis tersebut.
Nadzri (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Pembayaran Input Terbaik 2018 kepada Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat pada majlis tersebut.
A
A
A

IPOH - Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak menganggarkan keuntungan pada tahun ini melebihi RM3 juta.

Pengerusinya, Datuk Nadzri Ismail berkata, sehingga September lalu, PPN merekodkan keuntungan RM2.8 juta yang kebanyakannya disumbang oleh kilang memproses kelapa sawit di Beruas.

Beliau berkata, PPN mengalami kerugian sehingga RM4.9 juta tahun lalu kerana pengiraan sistem akaun yang tidak mengambil kira dividen 30 peratus dan kilang memproses kelapa sawit yang baru baharu beroperasi di Beruas.

"Saya tak mahu bila pimpinan baru masuk, terus mereka kata bawa untung. Tetapi masa kita memimpin, kata PPN rugi. Kita sediakan asas yang kukuh sebelum tinggalkan PPN dengan adanya kilang sawit," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPN Perak Kali ke-43 di sini semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Perak, Mohd Fauzi Badron.

Nadzri berkata, PPN juga sedang berusaha menambah pendapatan pertubuhan itu dengan meningkatkan jumlah ternakan lembu daripada 300 kepada 1,000 ekor selain memperoleh projek daripada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bernilai RM6 juta.

Artikel Berkaitan: