12 nelayan positif dadah ditahan

Kesemua nelayan yang positif dadah ditahan untuk siasatan lanjut.
Kesemua nelayan yang positif dadah ditahan untuk siasatan lanjut.
A
A
A

GEORGETOWN - Seramai 12 nelayan ditahan dalam operasi bersepadu melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar perairan negeri semalam.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, kesemua yang ditahan didapati positif dadah jenis ganja dan syabu.

Menurutnya, seramai 46 nelayan diperiksa dalam operasi yang diadakan pada jam 8 pagi hingga 2 petang itu.

"12 daripada mereka didapati positif dadah iaitu tiga lelaki dan sembilan warga tempatan. Mereka berusia lingkungan 22 hingga 43 tahun.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan media.

Artikel Berkaitan: