Iran dilanda gempa bumi

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu berlaku kira-kira jam 2.30 pagi waktu tempatan.
A
A

TEHRAN - Tiga dilaporkan terbunuh dan 20 cedera dalam gemba bumi yang melanda Iran awal pagi hari ini, menurut laporan stesen televisyen negara itu.

Gempa bumi pada kedalaman cetek berukuran 5.9 magnitud berlaku kira-kira 120 kilometer di tenggara bandar Tabriz di Timur Wilayah Azerbaijan pada awal pagi, kata Pusat Seismologi Iran.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu berlaku kira-kira jam 2.30 pagi waktu tempatan.

Iran telah mengalami sekurang-kurangnya dua gempa yang signifikan sejak kebelakangan ini di mana dalam kejadian pada tahun 2005 mengorbankan lebih daripada 600 orang dan pada 2012 yang menyebabkan kematian kira-kira 300 orang. - AFP