Bahaya tertelan gel, penyerap udara elak kulat

A
A

BIASA melihat gel silika berbentuk seperti manik putih yang digunakan untuk mengekalkan kekeringan udara di dalam kotak atau botol bagi mengelak pertumbuhan kulat?

Penyerap oksigen pula adalah campuran serpihan besi dan garam digunakan untuk menukar oksigen menjadi nitrogen untuk mengekalkan ubat sentiasa segar dan mencegah serangga atau bubuk hidup didalam bekas.

Pada bungkusan kedua-dua bahan ini telah terpapar tulisan 'do not eat' atau 'jangan makan'.'

Pusat Racun Negara masih menerima laporan kes termakan kedua-dua bahan itu terutamanya kanak-kanak.

Sekiranya anak anda tertelan gel silika, berikan air minum dengan kerap dan lebih banyak untuk kekal hidrasi.

Namun, sekiranya keracunan penyerap oksigen, dapatkan rawatan dan bantuan dari klinik berdekatan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia