Rintihan nelayan Tanjung Piai

Struktur jeti Jeti Pangkalan Tanjung Piai yang diperbuat daripada konkrit dan kayu tersebut sebahagian besarnya sudah tidak lagi kukuh malah ada yang runtuh dan tidak lagi selamat untuk digunakan.

fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA.
Gambar kecil: Jamaluddin Mohamad - Foto Bernama
Struktur jeti Jeti Pangkalan Tanjung Piai yang diperbuat daripada konkrit dan kayu tersebut sebahagian besarnya sudah tidak lagi kukuh malah ada yang runtuh dan tidak lagi selamat untuk digunakan.
 fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA. Gambar kecil: Jamaluddin Mohamad - Foto Bernama
A
A
A

PONTIAN - Aktiviti pembangunan yang dijalankan berhampiran kawasan laut dan pantai di Parlimen Tanjung Piai membawa kesan negatif kepada kegiatan ekonomi nelayan terutama hasil tangkapan semakin merosot.

Masalah yang sudah lama membelenggu terutama nelayan pesisir pantai yang mengharapkan jalan penyelesaian kerana ia mampu menggugat punca rezeki mereka.

Bagi Zamdilaila Md Amin, 48, ekonomi nelayan di kawasan Parlimen Tanjung Piai semakin meruncing akibat hasil tangkapan laut yang merosot.

"Kawasan kami mencari ikan semakin mengecil dan jumlah tangkapan terus merosot akibat aktiviti pembangunan di laut selain menjadi lokasi kapal besar berlabuh,” katanya.

"Jika ada program ternakan kupang, tiram atau ikan dalam sangkar, ia amat membantu kami di sini, sambil menternak kami juga boleh teruskan aktiviti menangkap ikan," katanya.

Katanya, nelayan yang menerima kesan daripada aktiviti pembangunan perlu dibantu menerusi aktiviti perikanan alternatif seperti ternakan kupang atau ikan dalam sangkar.

Zamdilaila menyiapkan peralatan menangkap ikan di dalam botnya di Jeti Pangkalan Tanjung Piai. - Foto Bernam
Zamdilaila menyiapkan peralatan menangkap ikan di dalam botnya di Jeti Pangkalan Tanjung Piai. - Foto Bernam

Masalah lain yang turut mereka hadapi adalah jeti yang berada dalam keadaan tidak baik dan tidak selamat untuk digunakan.

Artikel Berkaitan:

Tinjauan mendapati struktur jeti yang diperbuat daripada konkrit dan kayu, sebahagian besarnya sudah tidak lagi kukuh dan berada dalam keadaan uzur dan berbahaya.

Yaacob Mohd Said, 67, yang menjadi nelayan sejak di bangku sekolah berkata keadaan jeti yang usang menyukarkan aktiviti nelayan di situ, dan meletak harapan besar untuk melihat kemudahan di jeti mereka dinaik taraf.

"Ada struktur yang rosak teruk, malah warung kecil di jeti ini tidak lagi dapat beroperasi kerana tiang cerucuknya mereput dan tidak selamat," katanya.

Menurutnya, jeti itu juga berpotensi menjadi kawasan pelancongan jika dibina sebuah medan ikan bakar yang secara langsung dapat memberikan pendapatan sampingan kepada mereka.

"Jeti sudah dekat dengan taman negara dan bersebelah dengan sebuah resort. Kami yakin jika boleh dinaik taraf dan dibina medan selera ikan bakar misalnya.

"Kawasan ini mampu menarik pelancong sekali gus membantu membuka peluang pendapatan sampingan kepada nelayan dan tidak hanya mengharapkan hasil tangkapan laut semata-mata,” katanya.

Antara jeti yang dikenal pasti mengalami masalah itu ialah Jeti Pengkalan Tanjung Piai yang juga antara 10 jeti nelayan utama di kawasan Tanjung Piai.

Jeti berusia lebih 40 tahun itu terletak kira-kira 1km dari Taman Negara Tanjung Piai dan 30km dari Pekan Pontian.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini berkata, beliau memang menyedari masalah yang membelenggu nelayan di Tanjung Piai yang merupakan antara aktiviti ekonomi utama penduduk setempat.

"Nelayan pantai terutama, mereka kena keluar dari kawasan pantai dan pergi ke tempat yang lebih dalam tetap melibatkan kos lebih tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya diperkenalkan industri ternakan tiram dan ikan sembilang dalam sangkar bagi membantu golongan nelayan.

"Cadangan saya untuk memperkenalkan produk baharu bagi nelayan di sini seperti ternakan tiram dan ikan sembilang, kerana kedua-duanya mempunyai nilai pasaran yang tinggi,” katanya.- Bernama