Hospital Tuanku Fauziah perlukan Unit Kardiologi

CHAI ANN
CHAI ANN
A
A
A

KANGAR - Unit Kardiologi termasuk wad kardiologi dan wad pemulihan jantung yang lengkap serta moden wajar diwujudkan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) memandangkan terdapat peningkatan jumlah kes pesakit jantung saban tahun.

Exco Bioteknologi & Teknologi Hijau dan Kesihatan Perlis, Teh Chai Ann berkata, ia juga langkah menaik taraf HTF supaya kemudahan disediakan dapat dimanfaatkan rakyat Perlis.

"Kementerian Kesihatan melalui kerajaan Pusat diharap memberi perhatian perkara ini kerana permintaan ini seiring dengan keperluan hospital yang perlu sentiasa bersiap siaga dengan pelbagai kes kecemasan.

"Langkah menaiktaraf HTF tu adalah tepat supaya dapat mengurangkan kesesakan rawatan untuk pesakit jantung kritikal yang dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, (HSB) Alor Setar," katanya.

Menurutnya, kerajaan Pusat juga diharap dapat menyediakan sekurang-kurangnya dua pakar bagi membolehkan kes rawatan jantung seperti angioplasty dan ‘stensing’ dapat dibuat terus di HTF tanpa perlu lagi ke HSB," katanya.

Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan trend penyakit jantung dalam kalangan muda di Perlis semakin meningkat namun begitu kemudahan yang disediakan di HTF masih ditakuk lama.

Artikel Berkaitan: