Mayat lelaki ditemui di Sungai Kim Kim

mayat
mayat
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mulai kembung ditemukan di dalam Sungai Kim Kim, berhampiran sebuah kolam memancing di Jalan Cermai, Taman Kota Masai dekat Pasir Gudang, di sini dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, mayat mangsa dianggarkan berusia lewat 40 tahun itu dijumpai oleh orang awam pada jam 11.41 pagi Rabu lalu.

"Ketika ditemui mangsa hanya berseluar trek berwarna hitam. Mayat dikeluarkan daripada kawasan sungai tersebut dengan bantuan bomba.

“Bagaimanapun, pemeriksaan awal pasukan forensik terhadap mayat tidak menjumpai sebarang tanda kecederaan yang boleh dikaitkan dengan kejadian jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, ciri-ciri fizikal mangsa antaranya mempunyai susuk tubuh tegap, ketinggian 170 sentimeter, berkulit cerah dan anggaran berat 90kg.

“Kesan parut suntikan vaksin Bacille Calmette Guerin (BCG) juga tidak dapat dilihat kerana keadaan mayat sudah kembung. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,.

"Kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa atau sesiapa yang kehilangan keluarga dan saudara supaya segera hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di talian 07-3864222 atau tampil di balai polis berhampiran. - Bernama

Artikel Berkaitan: