Ekspresi politik PRU14 menerusi lukisan abstrak

Razak bersama karyanya pada pameran solonya di Khaya Rendang semalam.
Razak bersama karyanya pada pameran solonya di Khaya Rendang semalam.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Suasana sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) antara ekspresi ditampilkan seorang pelukis dalam karya lukisannya di Khaya Rendang di sini.

Bertemakan Bbollog yang bermaksud kucar-kacir atau atau huru-hara dalam slanga Terengganu adalah ekspresi yang dilakar Razak Abdullah melalui hasil karyanya.

Razak berkata, pameran berkenaan merupakan antara lukisan yang menggambarkan perasaan gundah gulana, harapan dan aspirasi rakyat Malaysia sebelum dan selepas PRU14.

"Bblolog adalah sentuhan rasa dalam gaya abstrak dalam kebimbangan, perasaan dan harapan yang buat saya tersentuh dengan peristiwa berlaku kepada negara sebelum dan selepas PRU14.

"Amat penting bagi saya mengilustrasikan landskap politik semasa melalui ekspresi abstrak. Ia membolehkan saya memberikan tumpuan dan tenaga dalam melahirkan isi hati ke atas kanvas," katanya ketika ditemui dalam pameran solonya di Khaya Rendang di sini semalam.

Pelbagai karya seni yang dihasilkan Razak yang mempunyai maksud yang tersendiri.
Pelbagai karya seni yang dihasilkan Razak yang mempunyai maksud yang tersendiri.

Menurutnya, keresahan dan kegelisahan rakyat pada tempoh menjelang PRU14 dirasainya, malah lebih membimbangkan apabila Amerika Syarikat dan beberapa media antarabangsa serta tempatan mendakwa pentadbiran kerajaan dahulu dikemudi pimpinan kleptokratik.

"Dakwaan sedemikian mengejutkan dan menyedihkan rakyat dan dizahirkan perasaan pada Mei 2018 dengan mengundi sebuah kerajaan baharu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pameran yang dianjurkan kali keempat itu dilancarkan dan dirasmikan penggemar dan pengumpul lukisan, Datuk Dr Noorul Ameen Mohamed Ishack yang juga merupakan Pengerusi dan Pengarah Urusan Qualitas Medical Group.