Puluhan kura-kura 'ghaib' dari zoo Jepun

Kura-kura spesies Ryukyu leaf turut dilaporkan hilang.
Kura-kura spesies Ryukyu leaf turut dilaporkan hilang.
A
A
A

TOKYO - Lebih daripada 60 ekor kura-kura 'ghaib' daripada sebuah zoo di wilayah paling selatan di Jepun, kata pegawai semalam.

Ketua Bahagian Zoo dan Muzium Okinawa, Kozue Ohgimi berkata, pihaknya memberi makan kepada kura-kura berkenaan dua kali seminggu dan seorang penjaga mendapati jumlah haiwan berkenaan semakin berkurangan, dikhuatiri dicuri untuk pasaran gelap.

“Haiwan ini dijual dengan harga yang tinggi,” katanya.

Susulan itu, pihak zoo melaporkan kehilangan haiwan berkenaan ke balai polis tempatan dan kes sedang disiasat.

Kesemua 69 ekor kura-kura yang dicuri itu bersaiz kecil dan berukuran sepanjang 20 sentimeter.

Ia terdiri daripada kura-kura jenis Ryukyu leaf sebanyak 15 ekor dan yellow-margines box berjumlah 49 ekor.

Kedua-dua jenis kura-kura berkenaan termasuk dalam senarai merah spesies terancam oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam dan Sumber Asli Antarabangsa (IUCN). - AFP

Artikel Berkaitan: