Pekerja Huawei didenda kerana tweet guna iPhone

Syarikat di China mendorong orang ramai menggunakan produk Huawei. - Foto Reuters
Syarikat di China mendorong orang ramai menggunakan produk Huawei. - Foto Reuters
A
A
A

BEIJING - CHINA. Dua pekerja syarikat telekomunikasi Huawei didenda kerana menghantar ucapan Tahun Baharu menerusi Twitter menggunakan Iphone.

Ucapan selamat Tahun Baharu 2019 itu dimuat naik ke laman Twitter dan tertera tulisan 'via Twitter for iPhone'.

Laporan Reuters yang memetik memo dalaman syarikat berkata, dua pekerja terbabit telah diturunkan pangkat dan gaji mereka dipotong.

Ucapan berkenaan dilaporkan telah dipadam dari akaun Twitter rasmi Huawei namun sempat dikongsi pengguna laman sosial tersebut.

Tindakan denda dikenakan berikutan usaha syarikat di China mendorong orang ramai menggunakan produk Huawei berbanding seterunya, Apple dari Amerika Syarikat (AS).

Tahun lalu, Huawei mengatasi Apple dalam jumlah telefon yang diedarkan seluruh dunia, sekali gus meletakkannya di tangga kedua selepas Samsung. - BBC

Artikel Berkaitan: