Tergamak bakar anak kucing

Gambar yang memaparkan beberapa ekor anak kucing dibakar dengan kejam.
Gambar yang memaparkan beberapa ekor anak kucing dibakar dengan kejam.
A
A
A

REMBAU - Gambar yang memaparkan beberapa ekor kucing mati dipercayai dibakar individu bertindak zalim mencetus kemarahan dalam kalangan netizen.

Beberapa keping gambar dikongsi oleh D'Cat D' Hati di laman Facebook kini tular di media sosial itu menunjukkan beberapa ekor dipercayai anak kucing berdasarkan saiznya, mati dalam keadaan hangus terbakar.

Kumpulan Facebook D'Cat D' Hati itu turut memuat naik hantaran memberitahu, "Insiden penemuan kucing dibakar berdekatan kedai serbaneka Seven-Eleven dan KFC di Rembau, Negeri Sembilan hari ini (semalam).

"Amat mengguris perasaan pencinta haiwan khususnya pencinta kucing di negara ini. Kita memandang berat kejadian pembunuhan haiwan seperti kucing dan anjing yang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Apa nak jadi dengan bangsa Malaysia sekarang?" tulisnya.

Gambar yang dikongsi oleh D'Cat D' Hati di laman Facebook kini tular di media sosial yang kini meraih 3,400 tanda suka dan 3,000 berkongsi gambar tersebut.
Gambar yang dikongsi oleh D'Cat D' Hati di laman Facebook kini tular di media sosial yang kini meraih 3,400 tanda suka dan 3,000 berkongsi gambar tersebut.

Perkongsian gambar tersebut di Facebook petang semalam kini meraih 3,400 tanda suka, 3,000 berkongsi gambar tersebut dan rata-rata netizen sangat kesal dengan tindakan yang sanggup menyeksa haiwan sedemikian rupa

Rata-rata netizen kesal dengan insiden ini seolah-olah yang melakukannya tidak mempunyai sifat kemanusiaan dan berharap pelakunya mendapat balasan yang setimpal

Artikel Berkaitan:

"ALLAHUAKBAR...YA ALLAH, kenapa manusia semakin hilang sifat kemanusian?.Hilang sudahkah rasa kasihan melihat kesakitan haiwan-haiwan yang mereka dera," tulis Ayu Kamarul di Facebook.

Haszliza Hassan berkata, "Ya ALLAH, apa nak jadi dengan manusia sekarang. Gunalah akal dan fikiran sebelum melakukan sesuatu. Kucing juga makhluk bumi, apa salah dia sampai dibakar. Tak dapat bayangkan macam mana keadaan dia menahan kesakitan ketika dibakar. ALLAHUAKHBAR,".

Antara reaksi netizen yang sangat kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang sanggup menyeksa haiwan sedemikian rupa.
Antara reaksi netizen yang sangat kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang sanggup menyeksa haiwan sedemikian rupa.