Sembunyi 2kg emas dalam kasut

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

MOSCOW - Gara-gara berjalan dalam keadaan pelik, seorang wanita akhirnya terkantoi selepas pihak berkuasa kastam di Rusia menahannya dan turut menemukan hampir 2 kilogram (kg) emas dalam kasutnya.

Menurut pihak berkuasa, penahanan itu dibuat di pos kastam di timur Siberia selepas anggota keselamatan mengesyaki sesuatu kerana wanita itu kelihatan gelisah dan dalam keadaan mencurigakan.

"Dia tidak berjalan seperti biasa. Kakinya melangkah seperti memakai kimono," kata jurucakap pihak berkuasa.

Pemeriksaan yang dilakukan ke atasnya berjaya menjumpai lapan keping emas seberat kira-kira 1.9kg.

Jongkong emas itu dilekatkan pada tapak kasutnya dan ia dianggarkan bernilai lebih AS$79,000 (RM325,803).

Susulan itu, pihak berkuasa telah membuka kes jenayah dan mendakwa wanita itu cuba menyeludup masuk emas tersebut selepas dia gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan.

Sejak awal tahun lalu, beberapa individu telah ditahan pihak berkuasa Rusia atas kesalahan sama. - Agensi

Artikel Berkaitan: