Pakar forensik temui tulang korban genosid

Pasukan forensik percaya tulang yang ditemukan itu termasuk milik lima kanak-kanak.
Pasukan forensik percaya tulang yang ditemukan itu termasuk milik lima kanak-kanak.
A
A
A

SAN SALVADOR - Pasukan forensik antarabangsa semalam menemukan tulang dipercayai milik 11 mangsa yang menjadi korban genosid El Mozote di El Savador pada tahun 1980 hingga 1992.

Penemuan baharu itu akan menjadi sebahagian daripada kes yang akan difailkan terhadap tentera Batalion Atlacatl yang didakwa melakukan perbuatan kejam tersebut pada Disember 1981.

Data rasmi menunjukkan seramai 986 termasuk 558 kanak-kanak maut dalam kejadian itu.

Difahamkan, serpihan tulang tersebut digali semula di kawasan perkuburan terpencil di perkampungan Yancolo terletak kira-kira 170 kilometer di timur laut San Salvador.

Pasukan forensik percaya penemuan itu termasuk tulang milik lima kanak-kanak serta seorang bayi berusia tiga hari yang terkorban selepas tentera melemparkan bom tangan di dalam sebuah gua yang menjadi tempat persembunyian mereka.

"Terdapat 20 orang ketika itu dan hanya lapan terselamat. Kesemua mereka kemudiannya kembali semula ke gua tersebut pada tahun 1994 untuk mengumpulkan serpihan tulang mangsa dan dikebumikan di Yancolo.

Pejabat pendakwa raya mengesahkan mereka masih menyiasat jenayah yang dipercayai berlaku ketika konflik bersenjata itu. - AFP

Artikel Berkaitan: