BTS duduki carta Billboard 200 selama setahun

 BTS menjadi artis Korea Selatan pertama menduduki carta Billboard 200 selama setahun mencatatkan satu lagi rekod dalam kerjaya mereka yang dipenuhi pelbagai kisah kejayaan.
BTS menjadi artis Korea Selatan pertama menduduki carta Billboard 200 selama setahun mencatatkan satu lagi rekod dalam kerjaya mereka yang dipenuhi pelbagai kisah kejayaan.
A
A
A

SEOUL - BTS menjadi artis Korea Selatan pertama menduduki carta Billboard 200 selama setahun mencatatkan satu lagi rekod dalam kerjaya mereka yang dipenuhi pelbagai kisah kejayaan.

Album kumpulan itu 'Love Yourself: Answer' memasuki semula carta Billboard 200 di nombor 165 pada Isnin, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut Billboard, album itu telah berada dalam carta selama 52 minggu, menjadikan ia album K-pop pertama dalam Billboard 200 bagi setahun penuh.

Memetik Nielsen Music, Billboard berkata, album itu telah terjual sebanyak 1.1 juta unit menjadikan ia layak untuk persijilan platinum.

BTS memiliki album lain di Billboard 200 minggu ini.

EP terbarunya, 'Map of the Soul: Persona' berada di No 149 selepas berada selama 25 minggu dalam carta itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: