Bantuan khas kepada nelayan Tanjung Piai bukan isu

Sahruddin (dua dari kanan) beramah mesra dengan penumpang feri dari Tanjung Balai Indonesia yang tiba di Terminal Feri Antarabangsa Kukup di sini hari ini.
Sahruddin (dua dari kanan) beramah mesra dengan penumpang feri dari Tanjung Balai Indonesia yang tiba di Terminal Feri Antarabangsa Kukup di sini hari ini.
A
A
A

PONTIAN - Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal menjelaskan bahawa pemberian bantuan khas nelayan sebanyak RM1,000 bagi nelayan di kawasan Johor Selatan termasuk Tanjung Piai bukanlah satu isu.

Menurutnya, ini kerana pengagihan bantuan tersebut pernah diterima nelayan setiap tahun sebelum ini dan kelulusan tentang pemberian bantuan terbabit dilakukan melalui mesyuarat Exco semalam.

"Yang beri itu kerajaan, kalau tidak menyalahi undang-undang, minggu depan bantuan khas akan diberikan.

"Bantuan khas ini pernah diberi setiap tahun sebelum ini, jadi sekarang tiada isu," katanya ketika ditemui di Terminal Feri Antarabangsa Kukup di sini hari ini.

Semalam, Dr Sahruddin mengumumkan seramai 1,513 nelayan di kawasan Johor Selatan termasuk Tanjung Piai akan menerima bantuan khas nelayan sebanyak RM1,000 bermula minggu depan.

Katanya, pemberian bantuan khas yang dianggarkan bernilai lebih RM1.5 juta itu akan berikan secara berperingkat melalui tiga fasa kepada nelayan pantai yang terjejas dengan pembangunan di kawasan Johor Selatan.

Kawasan yang terlibat dengan pemberian bantuan khas termasuk di Gelang Patah dan Pulai melibatkan 432 nelayan, manakala di Pasir Gudang, Johor Bahru dan Tebrau seramai 537 orang sementara di Pontian dan Tanjung Piai pula melibatkan 544 orang.

Artikel Berkaitan: