Syarikat ada perkhidmatan bercukai lebih RM500,000 perlu daftar JKDM

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini menjelaskan bahawa syarikat yang mempunyai perkhidmatan bercukai melebihi nilai RM500,000 setahun yang perlu mendaftar dengan JKDM pada atau sebelum 28 Februari 2019 dan bukannya RM50,000 setahun seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Subromaniam Tholasy dalam kenyataannya hari ini berkata laporan sebuah akhbar tempatan pada 1 Januari 2019, yang menyebut syarikat mempunyai perkhidmatan bercukai melebihi RM50,000 setahun perlu mendaftar adalah tidak tepat.

“Diharapkan, kenyataan yang dikeluarkan ini akan dapat memperjelas kekeliruan dalam kalangan komuniti perniagaan dan masyarakat,” katanya.

Subromaniam berkata perkhidmatan baharu yang akan dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan mulai 1 Mac, 2019 adalah pengendalian taman hiburan, penyediaan pembrokeran dan penaja jaminan, perkhidmatan pembersihan dan perkhidmatan penyediaan latihan atau tunjuk ajar. - Bernama

Artikel Berkaitan: