Lokasi tumpahan bahan kimia selamat, terkawal

Kerja-kerja pengalihan tong dijalankan dengan bantuan kren bagi mengelakkan berlaku tumpahan bahan kimia ke dalam Sungai Klang. - Foto Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor
Kerja-kerja pengalihan tong dijalankan dengan bantuan kren bagi mengelakkan berlaku tumpahan bahan kimia ke dalam Sungai Klang. - Foto Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor
A
A
A

PUCHONG - Keadaan di lokasi tumpahan bahan kimia jenis Glycerine di tepi Sungai Klang berhampiran Kampung Kandan Dalam di sini dilaporkan selamat dan terkawal.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menjalankan pemantauan di darat dan udara selepas menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurut kenyataan itu, hasil pemantauan dijalankan mendapati kejadian tumpahan bahan kimia terbabit berlaku di kawasan tanah lapang.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melantik kontraktor untuk mengalihkan sebahagian tong berisi bahan kimia yang berhampiran dengan sungai.

“Kerja- kerja pengalihan tong dijalankan dengan bantuan kren bagi mengelakkan berlaku tumpahan bahan kimia ke dalam Sungai Klang,” katanya dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan penampalan notis tanpa tempoh turut dilakukan di kawasan binaan haram.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melantik kontraktor untuk mengalihkan sebahagian tong berisi bahan kimia yang berhampiran dengan sungai. - Foto Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melantik kontraktor untuk mengalihkan sebahagian tong berisi bahan kimia yang berhampiran dengan sungai. - Foto Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor

“Keadaan di lokasi kini masih selamat dan terkawal,” menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Info mengenai Glycerine

- Berfungsi sebagai bahan ramuan dan bahan bantuan proses di dalam kosmetik, barangan kegunaan peribadi, ubat-ubatan dan produk makanan.

- Sifatnya jernih, tidak berbau, pekatan cecair yang mempunyai rasa manis.

- Gliserin boleh diperolehi daripada sumber semula jadi (lelemak tumbuhan dan haiwan) dan petrokimia.

- Diperoleh daripada lemak dan minyak semasa penghasilan asid lemak, sabun dan lelemak alkohol.