Gerakan garis tiga kategori dalam manifesto

Dominic (tengah) pada sidang akhbar berkenaan di Bilik Opearasi PGRM, Tanjung Piai hari ini. Hadir sama Wendy (dua dari kanan).
Dominic (tengah) pada sidang akhbar berkenaan di Bilik Opearasi PGRM, Tanjung Piai hari ini. Hadir sama Wendy (dua dari kanan).
A
A
A

PONTIAN - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggariskan tiga kategori dalam manifesto parti berkenaan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, kategori pertama melibatkan peningkatan ekonomi dan industri, menjaga keselamatan, kebajikan dan keselamatan sosial masyarakat serta menangani kenaikan kos sara hidup di Tanjung Piai.

"Di bawah kategori pertama, kita bahagikan kepada lima segmen iaitu membantu meningkatkan peluang pekerjaan, memberi keutamaan kepada industri kelapa sawit, fokus kepada industri pertanian, pembangunan industri pelancongan dan pembangunan industri perikanan serta akuakultur.

"Bagi kategori kedua pula, kita akan menumpukan isu penjagaan warga emas dan bagi kategori ketiga, kita cuba menangani masalah dihadapi oleh golongan M40 dan B40 melalui pembangunan rumah mampu milik," katanya pada sidang akhbar di Bilik Operasi PGRM, Tanjung Piai di sini hari ini.

Hadir sama calon parti itu, Wendy Subramaniam.

Dominic berkata, Gerakan akan berusaha membawa suara rakyat ke Parlimen jika rakyat memberi mandat pada PRK kali ini.

"Kita tahu rakyat tak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH dan BN. Jadi, kita adalah alternatif kepada rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan: