Lima lelaki cuba melakukan persetubuhan luar tabii dijel, sebat

Tertuduh (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi
Syarie Shah Alam hari ini.
Tertuduh (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Syarie Shah Alam hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Lima lelaki dijatuhi hukuman penjara, sebatan dan denda di Mahkamah Tinggi Syarie di sini hari ini kerana cuba melakukan persetubuhan luar tabii November tahun lalu.

Hakim Syarie, Mohd Asri Tahir menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan, denda RM4,900 dan enam kali sebatan terhadap seorang lelaki berusia 42 tahun selepas mengaku bersalah cuba melakukan hubungan sejenis tahun lalu.

Empat lagi lelaki berusia antara 27 hingga 37 tahun dijatuhi hukuman enam bulan penjara, denda RM4,800 dan enam kali sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang sama.

Tertuduh masing-masing turut berdepan hukuman penjara antara empat dan tiga bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Tertuduh menutup muka ketika dibawa keluar dari mahkamah.
Tertuduh menutup muka ketika dibawa keluar dari mahkamah.

Hakim Mohd Asri, turut menasihatkan tertuduh berusia 42 tahun yang sudah berkahwin

"Kamu sudah berkahwin...sudah ada isteri tetapi kamu khianati keluarga," kata Asri ketika prosiding berkenaan.

Dalam prosiding itu juga, Mohd Asri dalam penghakimannya berkata, kesalahan kesemua tertuduh adalah serius dan bertentangan dengan fitrah manusia dan hukuman denda tidak memadai untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Mengikut pertuduhan, kesemuanya didakwa cuba melakukan persetubuhan dengan seorang atau lebih daripada seorang dengan mana-mana lelaki di dalam sebuah pangsapuri di Bandar Baru Bangi di antara jam 9.30 malam, pada 9 November tahun lalu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor ) 1995 dibaca bersama Seksyen 28 enakmen sama iaitu persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Atras Mohamad Zin manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Nurain Kamarudin.

Pada 11 November tahun lalu akhbar tempatan melaporkan, sepasukan pegawai JAIS menyerbu sebuah apartmen dua tingkat di lokasi di Bandar Baru Bangi kerana dipercayai terbabit dengan aktiviti songsang.

Serbuan dijalankan hasil maklumat awam berhubung pesta lelaki songsang di premis berkenaan.