Tutup lorong tambah nilai: Kena ambil kira pandangan pengguna, kata Azmin

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (Plus) diminta mengkaji semula keputusan penutupan perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go di semua lorong keluar plaza tol di lebuh raya miliknya.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PLUS perlu mengambil kira pandangan pengguna supaya mereka diberi pilihan kerana kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan langkah berkenaan.

“Saya kira pandangan pengguna penting diberikan perhatian kerana kemudahan yang disiapkan itu untuk memberikan keselesaan kepada pengguna lebuh raya.

“Saya berharap pengurusan dapat meneliti semula keputusan tersebut dengan mengambil kira pandangan pengguna lebuh raya dan mereka harus menyediakan pilihan bagi kemudahan pengguna,” katanya kepada media ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Sabtu lalu, PLUS memutuskan untuk menutup perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go di semua lorong keluar plaza tol di lebuh raya di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PLUS tutup semua lorong tambah nilai mulai Selasa depan

Terdahulu pelbagai pihak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap langkah PLUS untuk menghentikan perkhidmatan tambah nilai kad Touch 'n Go di semua lorong keluar plaza tol miliknya.

Orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak supaya perkhidmatan itu diteruskan bagi kemudahan pengguna, sehinggalah khidmat tambah nilai secara dalam talian menerusi e-wallet diaktifkan di semua lebuh raya milik PLUS.

Bagaimanapun PLUS dalam satu kenyataannya memaklumkan pendekatan itu diambil untuk mengurangkan kesesakan disebabkan urusan tambah nilai di lorong tol di semua plaza tol di wilayah utara dan wilayah selatan.

Langkah PLUS tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai bertujuan meningkatkan keselamatan pembantu perkhidmatan pelanggan PLUS kerana kemalangan membabitkan kenderaan berat merempuh pondok tol kerap berlaku.

Artikel Berkaitan: