Bomba periksa gua sekitar Perak

Azmi (tengah) memeriksa sekitar gua Kek Look Tong hari ini.
Azmi (tengah) memeriksa sekitar gua Kek Look Tong hari ini.
A
A
A

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak akan melaksanakan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran di lebih 30 gua di seluruh negeri yang dijadikan rumah ibadat dan pusat rekreasi.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, pemeriksaan itu bertujuan memastikan tahap keselamatan di rumah ibadat sentiasa mengikut syarat yang ditetapkan.

“Mengambil iktibar kejadian 12 remaja terperangkap di gua di Thailand tahun lalu, kita melaksanakan tugas-tugas keselamatan dengan mengkaji aspek berkaitan supaya gua selamat dikunjungi.

“Jika tahun lalu kita menumpukan kepada sekolah tahfiz, kali ini kita perluaskan pemeriksaan di rumah ibadat sama ada tokong atau kuil,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di Gua Kek Look Tong di sini semalam.

Azmi (dua dari kanan) mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan Gua Kek Look Tong.
Azmi (dua dari kanan) mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan Gua Kek Look Tong.

Menurutnya, selain mempunyai laluan keluar masuk, rumah ibadat sewajarnya mempunyai pemadam api dan memeriksa pendawaian secara berkala.

“Pemeriksaan itu dijangka selesai Januari tahun. Pemeriksaan itu juga dapat membantu bomba merangka kaedah penyelamatan di gua. Surat pemeriksaan akan dikeluarkan kepada pihak pengurusan rumah ibadat,” katanya.

Azmi memberitahu, pihaknya telah menubuhkan pasukan penyelamat di gua terdiri daripada 30 anggota yang juga bekas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Artikel Berkaitan: