Penganggur tumbuk ibu kerana mandi bogel

Tertuduh didakwa menumbuk ibunya selepas tidak berpuas hati warga emas itu dilihat mandi berbogel, di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh didakwa menumbuk ibunya selepas tidak berpuas hati warga emas itu dilihat mandi berbogel, di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam kerana menumbuk ibunya selepas tidak berpuas hati warga emas itu mandi berbogel.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang berusia 42 tahun dari Ajil Hulu Terengganu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menumbuk belakang badan ibunya dan menggenggam tangan kiri warga emas itu sehingga kesakitan selepas memarahi mangsa kerana mandi bogel.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Menerong, Ajil, jam 10 malam pada 1 November lalu.

Dengan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara selama setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohina Din manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah seterusnya menetapkan 4 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula di Mahkamah Majistret Kuala Berang selain membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Artikel Berkaitan: