Hukum menyambut Maulidur Rasul

MAJLIS khatam al-Quran antara pengisian kerohanian yang sering dijalankan sempena sambutan Maulidur Rasul. -Foto: Bernama
A
A

SABAN tahun, kita pasti tidak akan ketinggalan menyambut Maulidur Rasul kerana ia diisytihar sebagai cuti umum dalam kalendar.

Pada tahun ini, hari keputeraan Nabi Muhammad SAW jatuh pada hari Sabtu ini.

Meskipun Baginda SAW tidak pernah meminta hari kelahirannya diingati atau disambut, tetapi ia antara cara kita mengenali kekasih ALLAH SWT dengan lebih rapat dan memuliakannya.

Sebagai umat akhir zaman, berapa ramai dalam kalangan kita yang 'membasahkan' lidah dengan berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW selain berzikir kepada ALLAH?

Ketahuilah bahawa mencintai Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan dalam Islam.

Bahkan, kita dianjurkan supaya mengasihi dan menyayangi Baginda SAW melebihi ahli keluarga sendiri dan manusia lain.

Rasulullah SAW bersabda: "Tidak (sempurna) iman seseorang sehinggalah aku menjadi orang yang paling disayanginya melebihi ahli keluarganya sendiri dan hartanya dan manusia keseluruhannya." (Riwayat Muslim)

Apakah hukum menyambut Maulidur Rasul? Kenapa ia begitu signifikan kepada umat Islam akhir zaman?

Semua jawapan itu akan dirungkai dalam sisipan Sinar Islam esok.