Serangan hendap ragut 37 nyawa di Burkina Faso

Serangan berlaku kira-kira 40 kilometer dari lombong emas Boungou di wilayah Tapo.
Serangan berlaku kira-kira 40 kilometer dari lombong emas Boungou di wilayah Tapo.
A
A
A

OUAGADOUGOU - Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan 60 lagi cedera dalam satu serangan hendap yang menyasarkan konvoi membawa pekerja sebuah syarikat perlombongan Kanada di Burkina Faso awal pagi semalam.

Menurut Gabenor wilayah Est, Saidou Sanou, individu bersenjata menyerang hendap lima buah bas yang membawa pekerja tempatan, kontraktor dan pembekal syarikat perlombongan Samafo.

Sumber keselamatan memberitahu, kenderaan tentera yang mengiringi konvoi tersebut telah melanggar peranti letupan.

"Selepas letupan, dua bas membawa pekerja kemudiannya diserang," katanya.

Kerajaan Burkina Faso turut menyifatkan penyerang melakukan serangan kompleks dan pasukan pertahanan serta keselamatan negara telah melancarkan operasi memburu dalang yang bertanggungjawab.

Sementara itu, pemilik syarikat Semafo Inc berkata, ketika serangan berlaku kesemua lima bas dan kenderaan iringan tentera berada kira-kira 40 kilometer dari lombong emas Boungou di wilayah Tapoa.

"Kami kini sedang giat bekerjasama dengan semua peringkat pihak berkuasa dalam memastikan keselamatan berterusan kepada pekerja, kontraktor dan pembekal kami," kata Semafo dalam satu kenyataan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Dalam pada itu, lombong tersebut dipercayai masih selamat dan operasinya tidak terjejas. - AFP

Artikel Berkaitan: