Pulau baharu muncul selepas gempa bawah laut

Gambar kiri menunjukkan gas yang dibebaskan selepas letusan gempa bawah laut manakala gambar kanan memaparkan pembentukan pulau baharu (titik hijau besar) tersebut.
Gambar kiri menunjukkan gas yang dibebaskan selepas letusan gempa bawah laut manakala gambar kanan memaparkan pembentukan pulau baharu (titik hijau besar) tersebut.
A
A
A

NUKU'ALOFA - Letusan gunung berapi bawah laut di Kepulauan Tonga telah menenggelamkan sebuah pulau dan menghasilkan pulau baharu yang saiznya tiga kali ganda lebih besar, menurut laporan dikeluarkan ahli geologi hari ini.

Jurucakap Perkhidmatan Geologi Tonga, Taaniela Kula berkata, pulau baharu Lateiki tersebut dianggarkan berukuran kira-kira 100 meter (m) lebar dan 400m panjang terletak kira-kira 120m di bahagian barat pulau asal yang tenggelam.

Ia terletak antara Kao dan Late di utara negara kepulauan Pasifik Selatan tersebut.

Kemunculan pulau baharu berlaku selepas letusan bawah laut selama 18 hari yang berlaku di kawasan terdedah gempa dan aktiviti vulkanik pada bulan lalu. - AFP

Artikel Berkaitan: