Revolusi Redmi Note 8 Pro

ALLEN (tujuh dari kanan) bersama rakan strategik menunjukkan siri Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro yang baharu.
A
A

INOVASI teknologi telefon pintar, Redmi Note 8 Pro mencetuskan satu revolusi baharu dalam industri gajet apabila merintis produk berkeupayaan tinggi dengan harga mampu milik.

Perkembangan inovasi telefon pintar pada kadar luar biasa itu membuktikan kesungguhan syarikat elektronik gergasi China, Xiaomi untuk menjadi antara pemain utama pentas teknologi moden.

Pengurus Negara Xiaomi Malaysia dan Singapura, Allen An berkata, Xiaomi sentiasa berada di barisan hadapan dalam menerajui kemajuan teknologi yang sedia ada untuk dimiliki orang ramai.

“Sejak membuka pasaran di Malaysia, Xiaomi telah menjadi pemimpin industri dalam mempamerkan produk inovatif dengan kemampuan yang tinggi.

"Daripada rangkaian telefon pintar kepada pelbagai peranti ekosistemnya, Xiaomi merupakan salah satu pemain utama di pentas teknologi moden,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Redmi Note 8 Pro di EX8 Subang Jaya Industrial Estate, Selangor baru-baru ini.

DUTA yang juga artis terkenal, Airil Zafrel (tiga dari kiri) memeriahkan Majlis Pelancaran Redmi Note 8 Pro di EX8 Subang Jaya Industrial Estate, Selangor baru-baru ini.
DUTA yang juga artis terkenal, Airil Zafrel (tiga dari kiri) memeriahkan Majlis Pelancaran Redmi Note 8 Pro di EX8 Subang Jaya Industrial Estate, Selangor baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai kekuatan produk Xiaomi dalam pasaran dunia, Allen menjelaskan, resipi kejayaan Xiaomi adalah sentiasa mempunyai hubungan simbiotik dengan peminatnya melalui komuniti Mi.

“Komuniti itu membolehkan peminat dan kakitangan Xiaomi berinteraksi dalam pelbagai saluran untuk menggalakkan maklum balas dan penyertaan terbuka.

“Xiaomi juga berusaha untuk berinovasi. Sebagai syarikat yang didorong oleh komuniti, moto kami adalah 'inovasi untuk semua orang'. Falsafah perniagaan ini telah membantu kami menjadi pemain global utama dalam industri teknologi,” ujarnya.

PRESTASI Redmi Note 8 dikuasakan dengan chipset MediaTek Helio G90T terkini, CPU octa-core mencecah sehingga 2.05GHz.
PRESTASI Redmi Note 8 dikuasakan dengan chipset MediaTek Helio G90T terkini, CPU octa-core mencecah sehingga 2.05GHz.

Idea baharu

Memahami perubahan industri gajet seiring kepantasan teknologi, Allen tidak menafikan pihaknya berusaha untuk mencipta idea baharu bagi meningkatkan taraf teknologi mudah alih.

“Dengan landskap yang sentiasa berdaya saing dan trend telefon pintar yang sentiasa berubah, Xiaomi bersedia dengan pendekatan baharu yang segar tanpa meminggirkan teras kepercayaan peminat.

“Xiaomi dengan penuh komitmen akan terus mencipta produk pintar dengan harga mampu milik dengan ciri-ciri utama pada masa akan datang,” katanya.

Selepas melancarkan varian Mi 9T Pro pada Ogos lalu, Xiaomi terus mengorak langkah memperkenalkan sebuah peranti pintar baharu, Redmi Note 8 yang memiliki lensa kamera utama 64 mega piksel (mp) pertama di dunia.

Menurut Allen, pihaknya cukup bangga apabila dapat memperkenalkan Redmi Note 8 Pro kepada pengguna di negara ini selepas pelancaran di China baru-baru ini.

"Pelancaran ini adalah peristiwa cukup penting bagi pasaran di Malaysia dan kami tidak mungkin dapat mencapai kejayaan ini tanpa sokongan padu pengguna.

“Pada masa yang sama, Redmi Note 8 yang baharu juga akan memberi pengguna lebih banyak pilihan dalam memilih telefon pintar Xiaomi kegemaran selain produk audio yang diperkenalkan juga adalah sahabat sempurna kepada siri Redmi Note 8,” katanya.

Bukan sahaja memiliki sensor Samsung GW1 terkini, Redmi Note 8 Pro turut dilengkapi dengan teknologi ISOCELL Plus dengan kamera belakang berupaya mengambil foto berkualiti setinggi 3.26 meter.

CORNING Gorilla Glass 5 pada kedua bahagian hadapan dan belakang bagi melindungi kesan hentakan.
CORNING Gorilla Glass 5 pada kedua bahagian hadapan dan belakang bagi melindungi kesan hentakan.

ANEKDOT

SPESIFIKASI lain Redmi Note 8 Pro:

  • Empat kamera AI 64MP + 8MP + 2MP + 2MP
  • Prestasi dikuasakan dengan chipset MediaTek Helio G90T terkini, CPU octa-core mencecah sehingga 2.05GHz.
  • Memacu permainan dengan GPU Arm Mali-G76 3EEMC4 dengan kekerapan maksimum 800MHz.
  • Menggabungkan teknologi LiquidCool yang berkuasa, Redmi Nota 8 Pro boleh mengekalkan prestasi puncak untuk tempoh lanjutan turbo 2.0, jadi pengguna boleh permainan berkelajuan tinggi dan bebas kerumitan.
  • Bateri 4500mAh - siri terbesar yang pernah ada.
  • Redmi Note 8 Pro juga mempunyai pengecasan cepat 18W Type-C, bicu fon kepala 3.5mm dan NFC pelbagai fungsi.
  • Mempunyai paparan 6.53" 19.5: 9 FHD + yang besar.
  • Corning Gorilla Glass 5 pada kedua bahagian hadapan dan belakang bagi melindungi kesan hentakan.
  • Harga bermula RM1,099.

Redmi Note 8:

  • Empat kamera AI 48MP + 8MP + 2MP + 2MP
  • Dikuasakan Qualcomm SnapdragonTM 665 dengan CPU octa-core mencecah sehingga 2.0 GHz.
  • Redmi Note 8 menawarkan pengalaman visual FHD + yang sangat mendalam.
  • Buat pertama kalinya, Sijil TÜV Rheinland menyertai siri Redmi Note untuk menyaring cahaya biru demi keselesaan pengguna.
  • Menggunakan Corning Gorilla Glass untuk perlindungan peranti.
  • Harga bermula RM599
BUD telinga tanpa wayar Mi True ditawarkan pada harga bermula RM99.
BUD telinga tanpa wayar Mi True ditawarkan pada harga bermula RM99.

Bud Telinga Tanpa Wayar Mi True:

  • Audio luar biasa daripada pemandu dinamik 7.2mm dihantar dengan lancar melalui Bluetooth 5.0.
  • Bud Telinga Tanpa Wayar Mi True didatangkan dengan pengecas mini dan menawarkan sehingga 12 jam untuk mendengar semula muzik.
  • Dengan kawalan sentuhan intuitif, seseorang boleh memainkan/menamatkan. panggilan atau mengaktifkan pembantu suara dengan sentuhan mudah.
  • Bermula dengan harga RM179, anda boleh mendapatkannya di Lazada.
  • Bud Telinga Tanpa Wayar Mi True Basic pula ditawarkan pada harga RM 99.
DENGAN kawalan sentuhan intuitif, seseorang boleh memainkan atau menamatkan panggilan atau mengaktifkan pembantu suara dengan sentuhan mudah.
DENGAN kawalan sentuhan intuitif, seseorang boleh memainkan atau menamatkan panggilan atau mengaktifkan pembantu suara dengan sentuhan mudah.