Pemilik rumah urut didenda RM1,000

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A
KUALA LUMPUR — Seorang pemilik rumah urut didenda RM1,000 atau dua bulan penjara oleh mahkamah majistret di sini hari ini kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen, Julai lepas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Koo Foong Kong ,52, selepas dia mengaku bersalah menjalankan perniagaan pusat urut tanpa lesen sah Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Foong Kong didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat di De Touch Wellness Centre, Jalan Manis 6, di sini, pada jam 5.15 petang, 13 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Undang-Undang Kecil Establismen Kecantikan dan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2003, yang membawa hukuman denda maksium RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin, memohon hukuman setimpal manakala Koo, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman denda minimum dengan alasan dia menanggung isteri dan anak. -Bernama
Artikel Berkaitan: